Friday, 1 May 2020

Kebaikan dan Keburukan (Bahagian 1)

Kebaikan dan Keburukan
1.    Bilangan pelajar seramai 30 orang dalam satu kelas
Kebaikan
Keburukan
Keberkesanan pengajaran akan ditingkatkan.
Bilangan bilik darjah yang banyak perlu disediakan oleh pihak sekolah.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, bilangan pelajar yang paling sesuai dalam sesebuah kelas adalah tidak melebihi 30 orang pelajar. Dengan ini, guru akan memberi tumpuan kepada pelajar yang lebih lemah.

2.    Pembahagian kelas mengikut kebolehan akademik
Kebaikan
Keburukan
Guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan efisien dalam bilik darjah bersandarkan kepada keupayaan pelajar.
Penimbulan perbandingan status antara pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah.
Persaingan yang sihat dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar.
Beban guru akan ditingkatkan.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah haruslah membahagikan kelas mengikut kebolehan akademik seseorang pelajar. Dengan ini, guru dapat membuat perancangan pengajaran mengikut kebolehan kelas tersebut.

3.    Pembahagian kelas secara rawak
Kebaikan
Keburukan
Perbezaan antara kelas akan dihilangkan.
Guru sukar untuk mengawal keadaan kelas.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah tidak digalakkan membahagikan kelas secara rawak. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza dan ini adalah agak sukar untuk dikawal oleh guru.

4.    Kaedah lawatan sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Kebaikan
Keburukan
Belajar akan lebih efektif apabila melibatkan aktiviti lawatan sambil belajar.
Pelajar tidak mampu menanggung kos lawatan yanag tinggi.
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah haruslah melangsungkan lawatan sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pelajar dapat mempelajari ilmu tambahan melalui lawatan sambil belajar ini.

5.    Pihak sekolah fokus kepada aktiviti dan pencapaian kokurikulum
Kebaikan
Keburukan
Pelajr akan diberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Akademik pelajar akan diabaikan.

Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah haruslah memberi fokus kepada aktiviti dan pencapaian kokurikulum. Hal ini kerana, pelajar dapat mempelajari kemahiran dan ilmu luar bilik darjah, dan ini dapat membina pelajar dari prinsip JERI.

Metodologi Kajian

Metodologi kajian
               Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik, pemeriksaan, penyelidikan dengan teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996).
               Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Antara metodologi kajian yang digunakan oleh kita ialah:-

1.      Temu Bual
Kaedah temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara penyelidik dengan responden. Ahli kumpulan kami telah mengunjung ke sekolah-sekolah yang dipilih untuk menjalankan temu bual dengan responden.
                                                                    Sumber: ferpection

2.      Pemerhatian
Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau kejadian secara kritikal. Melalui pemerhatian, banyak maklumat boleh diperoleh dengan cepat. Ahli kumpulan kami telah menjalankan pemerhatian pengurusan bilik darjah di sekolah-sekolah yang dipilih.
                                                                Sumber: pascasiswazah
3.      E-Jurnal
Secara umunya, jurnal mengandungi sejumlah sumber atau refrensi yang menjadi rujukan kepada sesebuah penulisan artikel. Jurnal juga dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jurnal bercetak dan jurnal atas talian (E-Jurnal). Bagi jurnal atas talian, lambakan hasil penulisan di laman web ini telah memudahkan pelajar dalam dunia pendidikan mencari maklumat tentang sesuatu topik dengan mudah dan cepat. Oleh itu, kami telah banyak menggunakan jurnal atas talian dalam kajian ini.
                                                              Sumber: kampusmelayu

4.      Internet
Internet memberi kemudahan kepada pelajar, guru dan penyelidik memperoleh maklumat dari seluruh dunia. Dalam kajian ini, kami telah mencari maklumat mengenai tajuk tugasan kami, iaitu pengurusan bilik darjah dengan melayari internet. Kami telah memperoleh banyak maklumat yang memenuhi permintaan kami melalui kaedah tersebut.
                                                                  Sumber: sinarharian