Metodologi kajian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik, pemeriksaan, penyelidikan dengan teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996).
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Antara metodologi kajian yang digunakan oleh kita ialah:-
1. Temu Bual
Kaedah temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara penyelidik dengan responden. Ahli kumpulan kami telah mengunjung ke sekolah-sekolah yang dipilih untuk menjalankan temu bual dengan responden.
2. Pemerhatian
Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau kejadian secara kritikal. Melalui pemerhatian, banyak maklumat boleh diperoleh dengan cepat. Ahli kumpulan kami telah menjalankan pemerhatian pengurusan bilik darjah di sekolah-sekolah yang dipilih.
Sumber: pascasiswazah
Sumber: pascasiswazah
3. E-Jurnal
Secara umunya, jurnal mengandungi sejumlah sumber atau refrensi yang menjadi rujukan kepada sesebuah penulisan artikel. Jurnal juga dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jurnal bercetak dan jurnal atas talian (E-Jurnal). Bagi jurnal atas talian, lambakan hasil penulisan di laman web ini telah memudahkan pelajar dalam dunia pendidikan mencari maklumat tentang sesuatu topik dengan mudah dan cepat. Oleh itu, kami telah banyak menggunakan jurnal atas talian dalam kajian ini.
Sumber: kampusmelayu
Sumber: kampusmelayu
4. Internet
Internet memberi kemudahan kepada pelajar, guru dan penyelidik memperoleh maklumat dari seluruh dunia. Dalam kajian ini, kami telah mencari maklumat mengenai tajuk tugasan kami, iaitu pengurusan bilik darjah dengan melayari internet. Kami telah memperoleh banyak maklumat yang memenuhi permintaan kami melalui kaedah tersebut.
Sumber: sinarharian
Sumber: sinarharian


No comments:
Post a Comment